Pengumuman :

Semak Status Halal :

Seminar Kesedaran Pemilikan Sijil Halal Bersama Usahawan Asnaf Baitulmal MAIWP

KUALA LUMPUR, 22 November – Seramai 50 orang usahawan dalam kalangan Asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyertai Seminar Kesedaran Pemilikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia anjuran Baitulmal MAIWP dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM.

Seminar yang berlangsung di Dewan Seminar Aras 1, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Md Fadzli Md Saad, Timbalan Pengurus, Bahagian Baitulmal MAIWP.

Antara tujuan utama penganjuran seminar ini ialah bagi meningkatkan kesedaran berkaitan konsep halal dan Pensijilan Halal Malaysia dalam kalangan usahawan di bawah bimbingan Baitulmal, MAIWP.

Perkongsian sepanjang program ini telah disampaikan oleh tiga (3) orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM iaitu Puan Siti Ayisah Surif, Penolong Pengarah Kanan Unit Proses, Puan Nurhuda Zakaria dan Puan Siti Hasliza Md Harith Penolong Pengarah, Unit Audit Pematuhan Halal.

Semoga dengan program seumpama ini akan dapat menyuntik kesedaran berkaitan kepentingan Pensijilan Halal Malaysia dalam kalangan masyarakat khususnya Usahawan Asnaf bimbingan Baitulmal MAIWP seterusnya meningkatkan lagi imej Pensijilan Halal Malaysia.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld