Announcement :

Verify Halal Status :

PENGGANTUNGAN SEMENTARA Status Makmal Panel Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) HALVEC LABORATORIES SDN. BHD.

Merujuk kepada pemakluman rasmi Jabatan Standard Malaysia (JSM) menerusi surat no. rujukan JSM/AD 700/01/04/987 bertarikh 17 November 2020 dan di dalam Laman Web JSM bagi Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM), bahawa status makmal panel halal HALVEC LABORATORIES SDN. BHD. adalah Inoperative (berdasarkan SAMM Policy 1, document [SP 1] klausa 4.6) berkuatkuasa 17 November 2020.

Pihak HALVEC LABORATORIES SDN. BHD. juga telah memaklumkan secara rasmi kepada Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM mengenai status tersebut di atas melalui hantaran e-mel bertarikh 07 Disember 2020 berikutan perpindahan premis makmal ke lokasi baharu.

Sehubungan itu, dengan merujuk kepada klausa 5.1.1 dan 5.3.2 Manual Makmal Panel Halal (Semakan Kedua) berkaitan keperluan memperolehi akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan MS ISO/IEC 17025 sebagai syarat utama pengiktirafan Makmal Panel Halal, JAKIM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Makmal Panel Halal Bil. 1 tahun 2021 yang bersidang pada 07 Januari 2021 memutuskan bahawa status HALVEC LABORATORIES SDN. BHD. sebagai Makmal Panel Halal adalah digantung sementara berkuatkuasa 07 Januari 2021 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak JSM dan setelah mengikuti pemeriksaan semula oleh JAKIM.

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan kepada:-

En. Shahriman bin Ali Pitchay
📧:-shahriman@islam.gov.my
☎️:-03-88925182

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
04 Rejab 1442H
16 Februari 2021M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

modules/news