Announcement :

Verify Halal Status :

Inisiatif Rahmah Halal Malaysia (Whitelist)

 "Whitelist"

Apakah itu whitelist?

Whitelist merupakan satu insiatif rahmah halal Malaysia yang diperkenalkan bagi merangsang penglibatan industri dalam pensijilan halal Malaysia.

Ianya merupakan satu mekanisme pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM kepada syarikat atau pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang komited dengan syarat-syarat pensijilan halal Malaysia.

 

Apakah kriteria-kriteria penerima whitelist ini?:-

1. Memenuhi keperluan umum dan khusus Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM);

2. Merupakan pemegang SPHM yang aktif bagi tempoh minimum 4 tahun daripada skim selain rumah sembelih dan hotel;

3. Membangun, mengamal, dan mengekalkan Sistem Jaminan Halal dengan baik dan berkesan;

4. Mempunyai rekod yang baik dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan penarikan balik SPHM sepanjang 4 tahun; dan

5. Lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa.

 

☎📧Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-88925143/5084 atau emel di roslida@islam.gov.my/ norazlina.ali@islam.gov.my


1483991:192