Pengumuman :

Semak Status Halal :

Kunjung Hormat Delegasi Russia dan Persatuan Perniagaan Islam Antarabangsa (IAIB)

PUTRAJAYA - JAKIM melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia telah menerima kunjung hormat delegasi dari Moscow, Russia dan Persatuan Perniagaan Islam Antarabangsa (IAIB) pada 12 Julai 2019 yang lalu.

Pertemuan yang berlangsung di Blok D Kompleks Islam Putrajaya itu dihadiri oleh Presiden IAIB, Marat Kabaev bersama Presiden Persatuan Pedagang Asean, Dato' Hj Moehamad Izat Emir dan beberapa 10 delegasi lain. Pertemuan selama 1 jam itu menjurus kepada beberapa perbicangan berkisar pensijilan halal luar negara, asas-asas permohonan pensijilan halal dan pemakluman jemputan program halal antarabangsa yang akan berlangsung di Moscow pada Oktober 2019 nanti.

Pengarah SMHM, YBhg Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee mempengerusikan perbicangan itu dengan menyampaikan taklimat korporat berkaitan Halal Malaysia, inisiatif-inisiatif oleh Majlis Halal Malaysia serta turut berkongsi pendedahan mengenai pensijilan halal yang dijalankan di Malaysia dan luar negara.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin