Announcement :

Verify Halal Status :

JAKIM Santuni Lawatan Industri Halal Mahasiswa KUIS

PUTRAJAYA, 10 Disember 2019 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima lawatan industri halal daripada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Industri Halal), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya sekitar jam 11.30 pagi hari ini.

Lawatan tersebut disertai hampir 30 orang mahasiswa dan 3 orang pensyarah pengiring dengan tujuan untuk memperoleh pendedahan berkenaan pensijilan dan penguatkuasaan halal di samping meningkatkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala antara mahasiswa dan agensi yang berkaitan dengan industri halal.

Pelbagai informasi dan kemaskini berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta penguatkuasaan halal termasuk penjelasan isu-isu halal semasa telah dikongsi bersama oleh En Mohd Nasir Sulaiman dari Seksyen Komunikasi Korporat dan Puan Norhidayu Rusali dari Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah


299842:181 modules/news