Pengumuman :

Semak Status Halal :

Program Memantapkan Kepakaran Profesional Halal Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia telah menganjurkan Kursus Intensif Training of Trainer (TOT) kepada Rakan Strategik Halal Malaysia dalam kerangka untuk memantapkan lagi ilmu dan kepakaran Tenaga Pengajar di kalangan rakan strategi Malaysia International Halal Academy (MIHA). MIHA adalah inisiatif di bawah Majlis Halal Malaysia (MHM) bagi memperkasakan ekosistem Halal Malaysia berkaitan Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) (Halal Capacity Developtment) dan mengukuhkan potensi Modal Insan  Halal (Halal Human Capital) agar sentiasa relevan dengan senario semasa.

MIHA, Majlis Halal Malaysia, JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya melaksanakan latihan halal   bersama Rakan Strategik (RS) dengan kaedah kerjasama pintar (Smart Partnership) untuk melaksanakan program Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) secara Training & Coaching (T&C) sama ada dalam dan  luar negara ke arah melahirkan lebih ramai tenaga kerja halal yang terlatih.

Program dua hari yang disertai oleh 50 orang peserta dilaksanakan pada 23 dan 24 April 2019 bertempat di RHR UNITEN, Bangi, dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Rakan Strategik MIHA (MIHA Partners Association (MPA)) didedahkan dengan maklumat terkini berkaitan prosedur dan standard halal supaya dapat menyalurkannya di dalam program yang akan dilaksanakan bersama industri. Objektif kursus ini juga adalah untuk memastikan para peserta mendapat informasi terkini yang tepat dari JAKIM disamping menjelaskan hala tuju Halal Malaysia ke peringkat global.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah