Pengumuman :

Semak Status Halal :

Penyertaan JAKIM dalam The World Food & Beverages Great Expo 2019 Japan

TOKYO, JEPUN -  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Pertanian Industri Asas Tani bersama BGR Sdn Bhd telah menyertai pameran The World Food & Beverages Expo 2019 Japan yang diadakan pada 17 hingga 19 April 2019 bertempat di Big Exhibition Hall Tokyo.

Pameran yang diadakan pada setiap tahun ini disertai lebih dari 1000 syarikat dari dalam dan luar negara Jepun dan merupakan antara pameran makanan terbesar di dunia. Pameran ini juga telah dihadiri lebih daripada 80 000 peserta dari dalam dan luar negara.

Penyertaan JAKIM dalam pameran ini melibatkan dua orang wakil iaitu YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee selaku Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Encik Mohd Asyraf bin Ibrahim, Penolong Pengarah, Sekretariat Majlis Halal Malaysia.

JAKIM diberikan penghormatan oleh Kementerian Industri dan Asas Tani untuk mewakili Malaysia dalam menyampaikan ucaptama berkaitan halal kepada industri Jepun yang menyertai pameran dan seminar ini. Ucaptama  yang disampaikan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM  mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan penuh bagi seminar tersebut.

Ucaptama yang disampaikan kali ini memberi fokus berkaitan pensijilan halal Malaysia dan masa depan industri halal kepada dunia.

JAKIM juga diberikan penghargaan untuk bersama dalam pameran tersebut bagi memberi kupasan yang lebih jelas berkaitan sistem pensijilan halal Malaysia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah