Announcement :

Verify Halal Status :

Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM ke Arah Akreditasi ISO/IEC 17065 (Conformity Assessment - Requirements for Bodies Certifying Products, Processes and Services

Program dan Latihan Kompetensi Sistem Kualiti ISO/IEC 17065 Fasa 2 telah diadakan pada 5 dan 6 Mac 2019 yang lalu di Bahagian Pengurusan Halal, Kompleks Islam Putrajaya bersama pihak SIRIM STS Sdn Bhd dan 30 orang pegawai Bahagian Pengurusan Halal (BPH).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih terperinci berkaitan Standard ISO/IEC 17065 serta Manual Kualiti BPH yang telah dibangunkan kepada para pegawai terlibat untuk turut bekerjasama menghasilkan dokumen dan prosedur yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan akreditasi ini.

Program selama dua hari ini merupakan salah satu program bagi memastikan proses permohonan dan pelaksanaan ISO/IEC 17065 ini dapat difahami dengan lebih baik dan membentuk satu kerjasama berkesan di BPH dan akan diteruskan lagi pada masa hadapan untuk merealisasikan akreditasi ini.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=1228299567329314&__xts__%5B0%5D=33.%7B

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah