Announcement :

Verify Halal Status :

Lawatan sambil belajar dari PUSPANITA Cawangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

PUTRAJAYA, 26 Februari 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menyantuni lawatan sambil belajar dari PUSPANITA Cawangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta AJK Surau Ar-Rahman MITI yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Lawatan yang melibatkan 30 orang peserta dari agensi tersebut diketuai oleh Ketua Biro Agama PUSPANITA MITI, Puan Nurul Shuhairah Mukhtar itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan fungsi Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM di samping memperoleh penjelasan mengenai isu-isu halal semasa yang sering tular di media sosial.

Puan Siti Ayisah bt Surif, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Proses dan Ustaz Luqman Nul Hakim bin Samad dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM turut bersama dalam sesi perkongsian informasi yang berlangsung hampir 2 jam di Ruang Aktiviti, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah