Announcement :

Verify Halal Status :

Perbincangan Bersama CIMB Islamic

PUTRAJAYA, 12 Februari 2019 - Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia JAKIM telah menerima kunjungan  dari CIMB Islamic yang diketuai oleh Encik Mohd Huzaini Hamdi selaku Timbalan Presiden syarikat berkenaan.

Kunjungan yang berlangsung hampir 1 jam di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu antara lain bertujuan untuk mengadakan perbincangan mengenai Pensijilan Halal Malaysia rentetan daripada inisiatif strategik mereka iaitu CIMB Halal Corridor.

Maklumat yang diperoleh diharap akan memberi manfaat khususnya untuk disalurkan kepada usahawan-usahawan di bawah CIMB bagi tujuan menjayakan projek Halal Corridor dan memahami  prosedur pensijilan halal Malaysia. Pengarah Majlis Halal Malaysia, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee serta beberapa orang pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal turut sama dalam perbincangan dan menumpukan perhatian terhadap perkongsian maklumat oleh pihak CIMB Islamic.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah


1134599:184 modules/news