Pengumuman :

Semak Status Halal :

Halal Malaysia Terus Mendapat Perhatian Antarabangsa

Pada 23 Oktober 2018 yang lalu seramai 27 orang delegasi dari China Productivity Centre Agriculture and Service Business Division, Taiwan telah mengadakan lawatan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Delegasi lawatan yang diketuai oleh Dr Shyn-Shin Sheen, Professor

Department of Agriculture itu bertujuan untuk mengetahui secara umum berkaitan Pensijilan Halal Malaysia yang semakin menjadi perhatian dunia.

Sesi perkongsian maklumat yang berlangsung selama 2 jam bermula 2 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Bahagian Hab Halal, JAKIM itu turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Naim bin Mohd Aziz dan beberapa orang pegawai kanan dari Bahagian ini.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal