Pengumuman :

Semak Status Halal :

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal MABIMS 2018

Kuching, 18 September 2018 (Selasa) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini telah menghantar 3 orang wakil untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal MABIMS dan seterusnya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Rombongan diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Ustaz Asri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah dan Ustaz Muhammad Naim Mohd Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Mesyuarat antara lain membincangkan permeteraian persefahaman jaminan pengiktirafan Halal dikalangan negara-negara anggota MABIMS dan juga perbincangan berkaitan laporan perlaksanaan bidang kerjasama MABIMS.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal dan diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS kali ini yang berlangsung mulai 18 hingga 20 September ini turut dihadiri oleh 12 orang delegasi dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Singapura.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal