Pengumuman :

Semak Status Halal :

MHM & BPH JAKIM Santuni Kunjungan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM

PUTRAJAYA, 10 Mei 2019 - Agenda melebar risalah menyantuni ummah diteruskan dengan Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari pihak Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Pertemuan dan perbincangan yang berlangsung  di Kompleks Islam Putrajaya ini bertujuan untuk menyemak dan berkongsi maklumat serta pandangan berkaitan kandungan Prototype Game - Based Educational Tool : Enhancing Stakeholders Competence On Halal - Product Management.

Kandungan tersebut memperincikan pembangunan Simulator Halal yang merupakan salah satu alternatif pembelajaran melalui inisiatif permainan berkonsepkan pemahaman terhadap Prosedur Pensijilan Halal Malaysia kepada pihak industri.

Projek yang diusahakan oleh pihak USIM dengan kerjasama JAKIM ini menumpukan kepada kaedah pembelajaran yang perlu difahami pihak industri bagi proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari peringkat awal permohonan sehingga SPHM diperolehi. Simulator Halal ini juga telah mendapat anugerah inovasi diperingkat Universiti.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah