Pengumuman :

Semak Status Halal :

BPH JAKIM - UPSI ke Arah Kerjasama Penganjuran Bengkel Penyembelihan Halal 2019

PUTRAJAYA, 20 Jun 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Mazura @ Mastura binti Muhammad, Pengarah EDGE dan disertai oleh Dr Sharul Effendy bin Janudin.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkenaan program kesedaran berkaitan penyembelihan halal yang akan dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan dan bentuk-bentuk kerjasama yang akan dilakukan antara pusat tersebut bersama JAKIM dalam menjayakan Bengkel Penyembelihan Halal UPSI 2019. Program yang dirancang juga memberi tumpuan untuk memberi nilai tambah kepada mahasiswa dan melahirkan graduan yang berdaya saing di masa akan datang sejajar dengan perkembangan industri halal.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari Md Akhir dan pegawai kanan serta pegawai-pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat turut meluangkan masa dalam sesi perbincangan yang berlangsung di Aras 7, Bilik Mesyuarat 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel

Bengkel penyembelihan halal yang akan berlangsung pada bulan September ini dijangka bakal melibatkan 1000 orang mahasiswa universiti berkenaan dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak industri khususnya industri rumah sembelihan yang telah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah