Pengumuman :

Semak Status Halal :

Garis Panduan Pendaftaran Rakan Startegik Malaysia International Halal Academic (MIHA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2019

JAKIM melalui MALAYSIA INTERNATIONAL HALAL ACADEMY (MIHA) telah melakukan penambahbaikan dalam proses penyampaiannya bersama Rakan Strategik (RS) melalui konsep Kerjasama Pintar (Smart Partnership) untuk melaksanakan program Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) dalam dan luar negara. Sehubungan itu, satu Garis Panduan Pendaftaran Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA) JAKIM 2019 telah dikeluarkan dan berkuatkuasa pada 15 Februari 2019.

Oleh itu semua penyedia latihan yang ingin menjadi RS MIHA dikehendaki mematuhi Garis Panduan tersebut dan boleh membuat pendaftaran segera sehingga pemakluman penutupan pendaftaran akan diumumkan. Garis Panduan Pendaftaran Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA) JAKIM 2019 boleh didapati melalui Pekeliling Sekretariat Majlis Halal Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 di www.halal.gov.my.

Berikut adalah garis panduan, borang dan maklumat berkaitan MIHA.

  1. GARIS PANDUAN PENDAFTARAN RAKAN STRATEGIK MIHA 2019
  2. LAMPIRAN A-BORANG PERMOHONAN RS
  3. LAMPIRAN B-MIHA MAKLUMAT RS
  4. LAMPIRAN C
  5. CARTA ALIR PERMOHONAN RAKAN STRATEGIK MIHA