Announcement :

Verify Halal Status :

JAKIM Terima Kunjungan YB Exco Agama Negeri "Jelapang Padi Malaysia"

PUTRAJAYA - Hubungan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) terus diperkukuh dengan kunjungan YB Dato' Dr. Ismail bin Salleh, Exco Agama Negeri Kedah bersama 6 orang delegasi termasuk Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, YBhg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail pada 23 Julai 2019.

Kunjungan yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya tersebut bertujuan untuk berkongsi pandangan serta maklumat dalam menangani isu-isu halal semasa di samping mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara agensi-agensi agama dalam membawa agenda rahmah kepada ummah.

Pelbagai isu dan maklumat dibincang serta dikongsikan termasuk inisiatif-inisiatif rahmah yang telah dilakukan oleh JAKIM dan JAIN dalam meningkatkan imej pensijilan halal Malaysia serta isu status halal premis-premis makanan jua produk yang sering menjadi tumpuan mahupun kegunaan pengguna Islam.

Dalam lawatan ini, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), YBhg Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee dan YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM bersama pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua bahagian tersebut hadir menyantuni delegasi dari negeri jelapang padi Malaysia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah