Announcement :

Verify Halal Status :

Persatuan Rakan Strategik MIHA (MIHA Partners Association (MPA) ) Bersama JAKIM Membangunkan Industri Halal

MPA akan menjadi tulang belakang JAKIM melalui Malaysia International Halal Academy (MIHA) dalam melaksanakan program pembangunan kapasiti halal sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa. Demikianlah antara janji MPA dalam  mesyuarat kali pertama bagi sesi 2019 - 2021 yang dipengerusikan oleh presidennya, Dr. Khairil IsmaHafiz  yang telah berlangsung di Pejabat Majlis Halal Malaysia  pada 10 Januari 2019.

 

Mesyuarat kali ini turut menjemput En Mohd Amri Bin Abdullah untuk bersama-sama memberi input terbaru berkaitan MIHA dan juga menjelaskan harapan MIHA terhadap penglibatan MPA di dalam bidang penglibatan pembangunan kapasiti halal global.

 

Mesyuarat  juga turut membincangkan tentang perincian perlembagaan MPA dan juga garis panduan yang bakal ditetapkan kepada Rakan Rakan Strategik MIHA yang akan bernaung dibawah MPA.

 

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam itu dimulakan dengan penyampaian amanat oleh En Mohd Asri Bin Abdullah selaku Ketua Penolong Pengarah Majlis Halal Malaysia. Semoga Halal Malaysia terus unggul di persada dunia demi kesejahteraan umat sejagat.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLilAlamin


1128191:184 modules/news