Announcement :

Verify Halal Status :

Halal Malaysia Menerajui Dunia

BANGKOK, Thailand - Melabuhkan tirai 2018 Majlis Halal Malaysia (MHM) JAKIM telah menyertai edisi kedua Thailand Halal Assembly 2018 pada 14 - 16 Disember 2018. Pengarah MHM YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee telah mengetuai delegasi Malaysia ke acara tersebut selain beliau turut diundang sebagai tetamu khas dan membentangkan kertas kerja.

Acara ini merupakan acara terakhir peringkat antarabangsa bagi tahun ini yang disertai MHM dalam kerangka memetakan Halal Malaysia di arena antarabangsa. Pembentangan kertas kerja menjurus kepada hala tuju Malaysia Baru dalam mengemudi pensijilan dan industri halal selain mengetengahkan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal global.

Kesempatan acara ini juga menjadi peluang terbaik Malaysia mempromosi acara gilang-gemilang berkaitan halal yang akan diterajui oleh JAKIM dengan sokongan MITI pada tahun 2019. Global Halal Summit 2019 Kuala Lumpur yang merangkumi 5 komponen acara akan berlansung mulai 1-6 April 2018. Acara yang berprestij ini bakal menjanjikan kelainan dan manfaat bagi seluruh komuniti halal dunia yang dijangka disertai 3000 peserta dari dalam dan luar negara.

Iltizam baharu dengan kerangka pengantarabangsaan dan mencetus inovasi terkini di tahun 2019 yang akan dikemudi oleh JAKIM akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti halal.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#GlobalHalalSummit2019

#HalalConnectingTheWorld

#StrengtheningTheGlobalHalalCommunity


342962:186 modules/news