Announcement :

Verify Halal Status :

Verify Halal Rangkul Anugerah Pingat Emas

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Majlis Halal Malaysia & Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM telah berjaya memperoleh Pingat Emas sempena Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2018.

Dengan rekaan projek berkaitan aplikasi telefon pintar Verify Halal yang dibangunkan hasil kolaborasi antara JAKIM yang diwakili oleh Kumpulan G2G dan Serunai Commerce tersebut telah berjaya menambat hati juri sepanjang pembentangan yang berlangsung pada 01 hingga 03 Oktober 2018 di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Semoga dengan anugerah seumpama ini akan meningkatkan lagi imej Pensijilan Halal Malaysia khususnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan pensijilan halal kepada masyarakat dengan lebih cepat dan tepat melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Facebook:-

http://bit.ly/FBVerifyHalal

http://bit.ly/FBHABHALAL

Website:-

www.verifyhalal.com

www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar


2006787:181