Announcement :

Verify Halal Status :

HFR 2019 Pikat Hampir 3000 Penyertaan

Dengan tema "Halal Connecting People", Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan program Halal Fun Run 2019 (HFR 2019) bersempena Karnival RAHMAH pada 28 September lalu.

Insiatif RAHMAH halal yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tersebut telah memikat penyertaan hampir 3000 orang peserta termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta penglibatan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama. Lebih meriah lagi, HFR 2019 kali ini turut diserikan dengan penglibatan artis-artis terkenal tanah air termasuk penyanyi nombor 1 (satu) negara, YBhg. Dato' Sri Siti Nurhaliza, Munif Hijjaz dan lain-lainnya.

Kolaborasi antara agensi kerajaan dan industri halal negara turut diterjemahkan melalui HFR 2019 kali ini dengan pelbagai sumbangan dan tajaan hadiah kepada peserta yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta rakan-rakan strategik termasuk CIMB Islamic Sdn Bhd selaku penaja cabutan bertuah hadiah utama, BeauSiti by SimplySiti, Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Nestle Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (McDonalds), QSR Brands (M) Holding Berhad (Pizza Hut), Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd (Starbucks Malaysia), Kenny Rogers Roasters, Yeo Hiap Seng (Yeo's), Loob Integrated Sdn Bhd (Tealive) dan lain-lainnya.

Tidak terkecuali penglibatan dari agensi-agensi agama serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan HFR 2019 termasuk Persatuan Alumni Felo Muda YADIM, serta seluruh warga JAKIM dan JAWI yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Insiatif RAHMAH halal ini turut disokong oleh Serunai Commerce Sdn Bhd yang merupakan rakan strategik JAKIM dalam pembangunan aplikasi telefon pintar Verify Halal. Semoga dengan penganjuran program seumpama ini akan meningkatkan lagi kesedaran halal dalam kalangan pengguna seterusnya mengekalkan imej Malaysia selaku peneraju pensijilan halal bertaraf dunia.

*Ikuti keseluruhan suasana sekitar HFR 2019 melalui koleksi khas di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah