Announcement :

Verify Halal Status :

Wacana Kesedaran Halal Peringkat Negeri Melaka 2019

MELAKA - Melaka Halal Hub dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, JAIM dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menganjurkan program Wacana Kesedaran Halal Peringkat Negeri Melaka 2019 bertempat di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 30 April 2019.

Matlamat utama penganjuran program sebegini ialah untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi berkaitan Pensijilan Halal Malaysia kepada peserta seramai 330 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, ahli jawatankuasa masjid, guru-guru serta usahawan di negeri Melaka.

Program yang berlangsung hampir 3 jam ini telah diisi dengan 2 sesi pembentangan yang menyentuh isu-isu halal semasa yang disampaikan oleh Tuan Musa Mohd, Pegawai Tugas Khas, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Puan Nur Ardzlina Mahmod, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah