Announcement :

Verify Halal Status :

Bahagian Pengurusan Halal Terima Kunjung Hormat PPPI, UUM

PUTRAJAYA, 06 Mac 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjung hormat dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Muhammad Nasri bin Hussein selaku Dekan pusat pengajian berkenaan bertujuan untuk mengetahui penstrukturan baharu JAKIM khususnya berkaitan pensijilan halal dan seterusnya mengadakan perbincangan berkenaan penawaran progam modul Sijil Halal Eksekutif oleh mereka serta potensi kerjasama yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak untuk masa akan datang.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir turut bersama menyantuni kunjungan hormat kali ini bersama pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah


1172157:195