Announcement :

Verify Halal Status :

Kunjungan Hormat Perbadanan Putrajaya ke Majlis Halal Malaysia (MHM) & Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM

Merealisasi hasrat melebar risalah dan menyantuni ummah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal telah menerima kunjungan hormat dari pihak Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh YBhg. Datuk Azizi Ahmad Termizi, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya pada 11 Januari 2019 yang lalu.

Kunjungan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya tersebut menjurus kepada perbincangan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia. Ianya sejajar dengan usaha Pihak Perbadanan Putrajaya yang sedang giat menggalakkan pengusaha-pengusaha premis makanan di Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk memohon dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum memulakan operasi.

Pengarah Majlis Halal Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir turut bersama menyantuni kunjungan hormat ini.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLilAlamin