Pengumuman :

Semak Status Halal :

Kunjung Hormat Pengurusan TV Al-Hijrah ke Bahagian Hab Halal, JAKIM

Seramai 7 orang delegasi dari pengurusan TV Al-Hijrah yang diketuai oleh CEO stesyen tv berkenaan iaitu En. Saidi Yaacob telah mengadakan kunjung hormat ke Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 30 Oktober 2018.

Kunjung hormat tersebut bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ukhwah dan meneroka kerjasama strategik sekaligus melahirkan idea-idea baharu dalam proses dakwah serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menyuburkan agenda rahmatan lil 'alamin.

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee turut bersama meraikan kunjung hormat tersebut yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

www.tvalhijrah.com

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar