Pengumuman :

Semak Status Halal :

Lawatan Akademik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam

PUTRAJAYA : 24 Oktober. Seramai 80 orang pelajar yang diketuai oleh En Ahmad Alif Hakimi Mohd Najihan dan seorang guru pengiring dari UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor telah mengadakan lawatan akademik ke Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Lawatan yang terdiri daripada pelajar semester 3 jurusan Diploma Pengurusan Halal tersebut bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia serta pengurusan kerja dan fungsi Malaysia Halal Analysis Centre atau lebih dikenali sebagai MyHAC.

Sesi perkongsian maklumat yang berlangsung selama 3 jam bermula 10 pagi di Ruang Aktiviti Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya tersebut turut dihadiri oleh wakil dari MyHAC iaitu Puan Norazlina bt Ali dan Puan Norli bt Mohd Khalid.

Semoga dengan lawatan seumpama ini akan meningkatkan lagi pengetahuan khususnya dalam kalangan pelajar berkenaan gerak kerja dan fungsi Malaysia Halal Analysis Centre dalam Pensijilan Halal Malaysia.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar