Pengumuman :

Semak Status Halal :

Lawatan Muhibah Ahli Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Johor Bahru, Johor di Bahagian Hab Halal

PUTRAJAYA : 15 Oktober, seramai 80 orang ahli jemaah Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim telah mengadakan lawatan muhibah ke Bahagian Hab Halal Jakim, Putrajaya.

Lawatan yang berlangsung di Ruang Aktiviti Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu diisi dengan sesi perkongsian maklumat berkaitan isu-isu halal semasa serta fungsi bahagian ini kepada masyarakat yang disampaikan oleh Puan Norhasni Yusnida Nor Hashim dari Unit Media, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jakim.

Semoga dengan lawatan seumpama ini akan meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman khususnya dalam kalangan masyarakat Islam berkenaan penjelasan isu-isu halal yang sering tular di media sosial.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.islam.gov.my

www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar