Pengumuman :

Semak Status Halal :

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia Bil. 1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pensijlan Halal Malaysia Bil. 1/2018 telah diadakan pada 8 Oktober 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Syura, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah menimbang dan memperakukan perkara-perkara berkaitan standard, prosedur, garis panduan dan peraturan-peraturan berkaitan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Jawatankuasa ini jua berperanan mengawal selia segala aktiviti pensijilan halal Malaysia oleh agensi yang berautoriti dalam pensijilan halal sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/ Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh agensi-agensi yang dilantik seperti Jabatan Standard Malaysia (JSM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan lain-lain.

Turut hadir bersama ialah Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), pakar-pakar daripada universiti berkaitan hukum syarak dan teknikal, wakil industri serta badan bukan kerajaan. Empat (4) kertas cadangan dan lapan (8) kertas makluman telah dibentang semasa mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM selaku setiausaha mesyuarat serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Hab Halal, JAKIM juga hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Ikuti suasana sekitar mesyuarat di:-

http://bit.ly/MesyuaratJawatankuasaPenasihat

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar