Pengumuman :

Semak Status Halal :

Sarajevo Halal Fair di Centre Skenderija Sarajevo

SARAJEVO, 29 September (Sabtu) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal telah menyertai Sarajevo Halal Fair di Centre Skenderija Sarajevo yang berlansung dari 27 hingga 29 September 2018. Delegasi Malaysia yang terdiri daripada jabatan kerajaan dan syarikat swasta ini telah diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Dr. Mujahid Yusof. Beliau turut menyampaikan ucaptama di Majlis Perasmian Sarajevo Halal Fair anjuran Bosna Bank International dan Islamic Development Bank.

YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof dalam ucapannya telah menyatakan bahawa konsep halalan toiyiban adalah perkara yang amat mementingkan keselamatan, kebersihan dan cara hidup yang efektif yang seterusnya boleh menyumbang kepada kewujudan dunia hijau. Semua ini harus dilihat dalam ekosistem halal yang praktikal berdasarkan perubahan dunia. Malaysia sebagai peneraju industri halal global yang memiliki ekosistem yang lengkap diyakini mampu menyumbang kemahiran dan berkongsi pengalaman dalam bidang ini kepada dunia luar termasuklah kepada Bosnia dan Herzegovina.

Kehadiran JAKIM melalui Bahagian Hab Halal dengan kerjasama rakan-rakan strategik Halal Academy, Serunai Commerce dan Dagang Halal turut merancakkan lagi perjalanan majlis tersebut melalui aktiviti pameran berkaitan Halal Malaysia dan pertemuan perniagaan. Selain itu, 2 orang pegawai JAKIM turut menjadi ahli panel dalam 2 sesi forum yang diadakan. Encik Mohd Asri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, telah menjadi ahli panel dalam sesi forum bertajuk: “Halal Standardization and Certification, manakala Encik Mohd Fakarudin Masod, Ketua Penolong Pengarah telah menjadi ahli panel dalam sesi bertajuk: “Halal Food Quality and Consumer Health”.

*Ikuti suasana sekitar Sarajevo Halal Fair di:-

http://bit.ly/HalalFairSarajevo

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal