Pengumuman :

Semak Status Halal :

Lawatan dari Global Haltech Sdn Bhd dan Rakan Kerjasama Universiti Islam Nasional (UIN), Sumatera Utara, Indonesia ke Bahagian Hab Halal JAKIM

Putrajaya, 20 September 2018 – Bahagian Hab Halal, JAKIM telah menerima lawatan dari Global Haltech Sdn Bhd dan rakan kerjasama agensi berkenaan iaitu Universiti Islam Nasional (UIN), Sumatera Utara, Indonesia.

Lawatan yang terdiri daripada 7 orang ahli akademik tersebut bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Pensijilan Halal Malaysia khususnya dalam aktiviti berkaitan penguatkuasaan halal.

Sesi perkongsian maklumat yang berlangsung selama 1 jam bermula 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Bahagian Hab Halal, JAKIM tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Bukhari Md Akhir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan serta En Mohd Fakarudin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal