Pengumuman :

Semak Status Halal :

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 2/2018

Pada 25 Jun 2018 yang lalu, seramai 26 orang wakil bagi setiap negeri telah menghadiri satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 2/2018 yang di adakan di Hotel Alillion Legacy Melaka.

Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ustaz Bukhari bin Md Akhir Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal manakala Ustaz Asri bin Abdullah Ketua Penolong Pengarah Majlis Halal Malaysia turut hadir sebagai Setiausaha Mesyuarat.

Selain JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) juga turut melaksanakan pensijilan halal. Dalam proses pengeluaran sijil halal, penilaian dilakukan ke atas semua produk, premis makanan dan rumah sembelih yang membekalkan makanan untuk umat islam. Aspek penilaian ini adalah berlandaskan kepada hukum syarak dan juga garis panduan yang disediakan.

Makanisme penyelarasan antara JAKIM dan JAIN dalam pengurusan halal diterjemahkan melalui mesyuarat berkala, bengkel dan latihan berkaitan. Antara Mesyuarat berkala yang diadakan adalah Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia.

Hasil penyeragaman ini telah memberi manfaat besar kepada pertumbuhan industri halal dan pemantauan prestasi yang berkesan. Ini telah berjaya dilaksanakan hasil penglibatan dan kerjasama erat Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

*Ikuti suasana sekitar mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=1069472293212043

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar