Pengumuman :

Semak Status Halal :

Lawatan Mesra dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) ke Bahagian Hab Halal JAKIM

Putrajaya – Seramai 16 orang anggota dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal JAKIM pada 14 Mei 2018.

Lawatan yang bermula sekitar jam 9.30 pagi di bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu menjurus kepada perkongsian berkenaan isu-isu yang berkaitan halal dan bagaimana untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan oleh JAKIM serta peranan bahagian ini kepada masyarakat.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar