Pengumuman :

Semak Status Halal :

Mesyuarat Round Table Discussion (RTD) Berkaitan Isu Vaksin Halal

Round Table Discussion (RTD) isu vaksin telah diadakan pada 20 Mac 2019 (Rabu) bertempat di Bilik Jawatankuasa 2, Parlimen Malaysia. Sesi RTD dipengerusikan oleh YB Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membincangkan isu vaksin di Malaysia. Antara isu yang dibincangkan ialah status halal vaksin, fatwa atau hukum berkenaan penggunaan vaksin dan juga dasar bagi mewajibkan vaksin kepada kanak-kanak.

Hasil daripada RTD ini akan dapat memberikan input dan membantu mengukuhkan lagi syor pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewajibkan pengambilan vaksin bagi kanak-kanak selaras dengan pandangan hukum dan juga fatwa. RTD ini melibatkan penyertaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan masyarakat, Mufti Wilayah Persekutuan, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Bahagian Kawalan Penyakit (KKM), Bahagian Pengurusan dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia (JAKIM), Paediatric Association, Universiti dan juga industri.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah