Portal Rasmi Halal Malaysia

  • Warna Merah
  • Warna Biru
  • Warna Hijau
  • Warna Asal
Prosedur Tambahan PDF Cetak emel

Semua perubahan yang berlaku bagi maklumat pensijilan yang melibatkan pemohon termasuk perubahan pada syarikat dan produk hendaklah dikendalikan mengikut prosedur :

A) Perubahan Nama dan Alamat Syarikat Tanpa Melibatkan Perpindahan Kilang

Pemohon hendaklah memaklumkan kepada JAKIM / JAIN secara bertulis dengan mengembalikan Sijil Halal Malaysia dan mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan. JAKIM / JAIN boleh mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal yang baru mengikut perubahan tersebut setelah mendapat kelulusan Panel Pengesahan Halal.

B) Perpindahan Kilang (Termasuk Pertukaran Sub-Kontrak)

pic_006

Sekiranya berlaku perpindahan kilang, Sijil Halal Malaysia terbatal dengan sendirinya dan Sijil Halal asal hendaklah dikembalikan kepada JAKIM / JAIN. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan semula dengan menggunakan maklumat kilang yang baru. JAKIM / JAIN akan memproses semula permohonan Sijil Halal.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

 
Ikuti Kami Di
facebook Halal MalaysiaTV Jakimrss Halal Malaysia
Bookmark and Share