Portal Rasmi Halal Malaysia

  • Warna Merah
  • Warna Biru
  • Warna Hijau
  • Warna Asal
PERTEMUAN JAKIM-SMI PDF Cetak emel
Isnin, 22 Ogos 2011 06:19
PERTEMUAN JAKIM-SMIPERTEMUAN JAKIM-SMI MALAYSIA POSITIF

Isu penemuan DNA babi dalam produk makanan sejak akhir-akhir ini telah mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai terutamanya pengguna Muslim. JAKIM menerusi Bahagian Hab Halal menerima maklumbalas yang pelbagai terhadap isu tersebut. Perkembangan tersebut perlu ditangani secara bijak khususnya dengan pengusaha sendiri. Justeru, JAKIM bersetuju untuk bersua muka dengan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (SMI Malaysia) bagi menjelaskan isu-isu yang berkaitan.


Pertemuan JAKIM-SMI Malaysia telah diadakan pada 15 Ogos 2011 dan dipengerusikan oleh Puan Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal Jakim. Turut hadir ialah Dr. Noor Zaleha binti Awang Saleh dan Puan Rohana binti Mohd Yasin dari Jabatan Kimia Malaysia. 19 orang wakil daripada SMI Malaysia yang terdiri daripada pelbagai persatuan yang bernaung di bawahnya seperti, The Central Malaya Sauce Manufacturer’s Association, Malaysia Sauce Manufacturer’s Association, Malaysian Bakery, Biscuit, Confectionery & Mee Merchant’s Association, Malaysia Foodstuffs & Toys Merchant Association dan Malaysian Seafood Industries Association telah menyertai pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu.

Fokus perbincangan ialah mengenai kebimbangan dan ketidakpuasan hati para pengusaha terhadap penemuan DNA babi dalam produk makanan walaupun semua bahan ramuan yang digunakan telah disahkan halal.Di akhir sesi, pihak SMI Malaysia telah mengemukakan memorandum yang menyatakan beberapa isu yang memerlukan perhatian dan tindakan susulan oleh JAKIM ke arah menambahbaik pelaksanaan pensijilan halal Malaysia. Kedua-dua belah pihak juga turut berpuashati dengan natijah pertemuan dan berharap supaya pertemuan secara berkala diatur bagi manfaat kedua-dua belah pihak.

JAKIM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia yang telah bersama-sama menjelaskan mengenai keraguan dan kebimbangan pihak industri terhadap kebarangkalian pencemaran unsur babi dalam produk yang dihasilkan.

Sebagai badan pensijilan halal, JAKIM mengalu-alukan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak industri untuk terus menyokong pensijilan halal Malaysia.

1 2 3

4 5

 
Ikuti Kami Di
facebook Halal MalaysiaTV Jakimrss Halal Malaysia
Bookmark and Share