Portal Rasmi Halal Malaysia

  • Warna Merah
  • Warna Biru
  • Warna Hijau
  • Warna Asal
MESYUARAT PENYELARASAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA PDF Cetak emel
Khamis, 11 Ogos 2011 22:03

PENYELARASAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DIPERKASAKAN

Jakim telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pensijilan Halal Malaysia bersama MAIN/JAIN yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim ini bertempat di Dewan 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 10 Ramadhan 1432H bersamaan 10 Ogos 2011. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusi/Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri dan pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri.

 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan penyelarasan pensijilan halal Malaysia Bersama di samping membincangkan isu-isu berkaitan halal terutama dalam pelaksanaan penggunaan Standard, Logo dan Sijil yang seragam.

 

Bagi memperkasa penyelarasan pensijilan Halal Malaysia Bersama antara Jakim dengan MAIN/JAIN, sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu;

 

  1. i)Kertas makluman perkembangan penyeragaman pensijilan Halal Malaysia Bersama MAIN/JAIN merangkumi penyeragaman pensijilan serta pelaksanaan sistem e-Halal di negeri.
  2. ii)Taklimat Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011)
  3. iii)Penyelarasan Prosedur Persampelan dan Perkongsian Maklumat Persampelan.
  4. iv)Kertas Cadangan Model Perjawatan Bahagian Pengurusan Halal di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

 

Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Pengarah Jakim turut memaklumkan tentang persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 24 Jun 2011 dengan penubuhan jawatankuasa halal di peringkat tertinggi bagi tujuan memperkasakan pensijilan halal iaitu;

 

  1. i)Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  2. ii)Jawatankuasa Pemandu Pensijilan Halal Malaysia yang dipengerusikan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri.

 

Jakim/ MAIN/JAIN bersetuju akan memastikan penyeragaman pensijilan Halal dibuat dengan lebih baik, teratur dan sistematik khususnya dari aspek pelaksanaan berdasarkan standard dan prosedur yang sama.

mp2


mp3 mp4

 
Ikuti Kami Di
facebook Halal MalaysiaTV Jakimrss Halal Malaysia
Bookmark and Share