Warning: mktime(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/plugins/system/vvisit_counter.php on line 62 Warning: mktime(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/plugins/system/vvisit_counter.php on line 95 Warning: date(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/plugins/system/optimizetables.php on line 25 Warning: strtotime(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/plugins/system/optimizetables.php on line 30 Soalan Lazim

Portal Rasmi Halal Malaysia

  • Warna Merah
  • Warna Biru
  • Warna Hijau
  • Warna Asal

SOALAN LAZIM

Warning: strtotime(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/libraries/joomla/utilities/date.php on line 56 Warning: date(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198 Warning: date(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected 'America/Chicago' for 'CST/-6.0/no DST' instead in /var/www/html/v3/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198
Soalan Lazim
APAKAH TINDAKAN BOLEH DIAMBIL JIKA SABIT KESALAHAN? PDF Cetak emel

Jika disabit kesalahan maka boleh diambil tindakan:

Seksyen 18 (1) Seseorang termasuk pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain melakukan kesalahan di bawah akta ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak lebih daripada:

i. Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu (RM100,000.00) atau

ii. penjara tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau

iii. kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian:

i. denda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu (RM200,000.00) atau

ii. penjara tidak lebih daripada enam (6) tahun atau

iii. kedua-duanya.

 
APAKAH JENIS KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN OLEH JAKIM? PDF Cetak emel

Ada 3 kategori kesalahan :

1) Kecil : diberi peringatan;

2) Besar : Sijil Pengesahan Halal digantung sementara; dan

3) Serius : Sijil Pengesahan Halal ditarikbalik.

Kategori Kesalahan

Setiap kesalahan boleh dikategorikan seperti berikut :-

i. Kesalahan kecil

Kesalahan teknikal yang boleh diberi amaran dan arahan pembetulan oleh pegawai pemantauan:

1. Kebersihan premis;

2. Kebersihan peralatan;

3. Kebersihan pekerja;

4. Kebersihan persekitaran;

5. Kawalan makhluk perosak;

6. Lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan sanitasi;

7. Pengendali makanan tidak mendapat pelalian anti Thyphoid;

8. Gagal mengemukakan dokumen yang dikehendaki oleh pegawai pemeriksa; dan

9. Perubahan/penambahan pengeluar bahan ramuan yang mempunyai sijil pengesahan halal tanpa memaklumkan secara bertulis kepada JAKIM/MAIN/JAIN.

ii. Kesalahan Besar

Kesalahan teknikal yang boleh dikenakan tindakan penggantungan sijil pengesahan halal Malaysia oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.

1. Perubahan/penambahan pembekal/pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM/MAIN/JAIN;

2. Perubahan/penambahan pembekal/pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal yang diiktiraf;

3. Menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak terdapat di dalam sijil pengesahan halal Malaysia;

4. Pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal Malaysia;

5. Memberi pinjam/serah sijil pengesahan halal asal kepada premis atau syarikat lain;

6. Mengubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil pengesahan halal Malaysia;

7. Menukar atau menambah bahan ramuan yang telah diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis daripada JAKIM/ JAIN/MAIN;

8. Tiada pekerja Muslim warganegara Malaysia sekurang-kurangnya dua orang di kawasan pemprosesan/dapur;

9. Mengguna dan mempamerkan sijil pengesahan halal yang tamat tempoh;

10. Alat penyembahan agama terletak di kawasan pemprosesan/ dapur;

11. Tidak mematuhi mana-mana piawaian halal Malaysia yang berkaitan;

12. Gagal mematuhi arahan pembetulan kesalahan kecil;

13. Tidak mematuhi mana-mana piawaian pensijilan halal Malaysia;

14. Terdapat haiwan di kawasan premis; dan

15. Asrama/tempat penginapan pekerja dalam kawasan premis.

iii. Kesalahan Serius

Kesalahan yang melibatkan kesalahan syariah dan teknikal yang boleh ditarikbalik sijil pengesahan halal Malaysia oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.

Kesalahan syariah: Kesalahan yang melibatkan hukum syarak.

1. Pengesahan status haram oleh autoriti agama yang diiktiraf terhadap produk/bahan ramuan/peralatan dan lain-lain;

2. Penggunaan bahan haram setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Percampuran/penyimpanan antara bahan halal dengan bahan haram;

3. Penyimpanan produk halal dengan produk haram;

4. Peralatan yang digunakan bercampur aduk antara halal dan haram;

5. Memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihannya; dan

6. Penggunaan alat stunning sehingga menyebabkan haiwan mati atau hayat mazbohah.

Kesalahan teknikal: Kesalahan yang tidak melibatkan hukum syarak.

1. Pemindahan premis/kilang tanpa memaklumkan kepada JAKIM/MAIN/JAIN;

2. Perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada JAKIM/MAIN/JAIN;

3. Penyembelih dan checker tidak memiliki tauliah atau tauliah penyembelih telah tamat tempoh;

4. Kejutan (stunning) bagi pelalian haiwan tidak mengikut standard yang ditetapkan;

5. Alat kejutan (stunner) dikawal oleh pekerja bukan Muslim; dan

6. Membawa masuk bahan haram ke premis atau syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia ( SPHM).

Menggunakan bahan terlarang yang dikuatkuasakan di bawah Akta Makanan dan Undang-undang berkaitan.

 
BOLEHKAH PERALATAN DAPUR SEPERTI PINGGAN MANGKUK YANG DIPERBUAT DARIPADA BONE CHINA DIGUNAKAN DI DAPUR YANG DISAHKAN HALAL? PDF Cetak emel

Peralatan dapur seperti pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bone china tidak boleh digunakan di dapur yang disahkan halal.

 
APAKAH TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM MENENTUKAN KUALITI DAN KANDUNGAN BAHAN MENTAH? PDF Cetak emel

Antara teknik yang digunapakai ialah:

1) Pemerhatian dari segi visual;

2) Pemeriksaan dokumen seperti spesifikasi produk, Material Safety Data Sheet (MSDS);

3) Salinan sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM/MAIN/JAIN; dan

4) Ujian makmal (jika perlu).

 
SEKIRANYA TUKANG MASAK MUSLIM YANG DITUGASKAN DI DAPUR HALAL TIDAK DAPAT HADIR BEKERJA DAN TIADA PENGGANTI YANG BERAGAMA ISLAM, ADAKAH MENJADI KESALAHAN DAN MENJEJASKAN SIJIL HALAL YANG DIPEROLEH JIKA TUKANG MASAK BUKAN ISLAM DITUGASKAN UNTUK SEMENTARA? PDF Cetak emel

Ya, ia merupakan satu kesalahan.

Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) klausa 8.5.1(c ): perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 (dua) orang tukang masak Muslim atau lebih pada setiap masa.

 
BOLEHKAH BAHAN - BAHAN MENTAH YANG TIDAK HALAL SEPERTI ARAK DISIMPAN DI KAWASAN STOR YANG MENYIMPAN BAHAN - BAHAN MENTAH HALAL YANG KERING? PDF Cetak emel

Tidak boleh. Bahan-bahan mentah yang tidak halal seperti arak tidak boleh disimpan di kawasan stor yang menyimpan bahan - bahan mentah halal yang kering.

Rujukan:

1. MS 1500:2009 (Klausa 2.4 (f) & 3.6.1)

 
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGGUNA SEKIRANYA MENDAPATI SIJIL HALAL YANG DIPAPARKAN OLEH PIHAK PENGUSAHA MAKANAN TIDAK MENEPATI PIAWAIAN (SEPERTI TARIKH LUPUT)? PDF Cetak emel

Pengguna boleh mengemukakan aduan kepada Bahagian Hab Halal JAKIM secara bertulis, bersemuka, telefon atau emel.

 
ADAKAH BAHAN MENTAH DARI LUAR NEGARA YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL DARI BADAN YANG DIIKTIRAF/DISAHKAN OLEH NEGARA PENGELUAR ASAL BOLEH DITERIMA DAN DIGUNAKAN? PDF Cetak emel

Boleh. Bahan mentah dari luar negara yang menggunakan sijil halal dari badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di negara asal pengeluar boleh digunakan dalam pengeluaran produk di Malaysia manakala untuk produk bersumberkan daging perlu mendapatkan permit masuk dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Seterusnya > Tamat >>

Ikuti Kami Di
facebook Halal MalaysiaTV Jakimrss Halal Malaysia
Bookmark and Share