Portal Rasmi Halal Malaysia

  • Warna Merah
  • Warna Biru
  • Warna Hijau
  • Warna Asal

SOALAN LAZIM

APAKAH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA? PDF Cetak emel

Pensijilan halal Malaysia menggunapakai undang-undang seperti berikut :

i. Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal (KPDNKK);

ii. Akta Makanan 1983 (Kementerian Kesihatan) - berhubung perlabelan, amalan kebersihan dan keselamatan makanan;

iii. Veterinary Public Health Ordinance 1999 [Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran), 1983 (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)- berhubung penternakan haiwan, kawalan penyakit dll.], Sabah Slaughter House Rules, 2003;

iv. Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998)- berhubung import/eksport daging halal;

v. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;

vi. Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;

vii. Akta Cap Dagangan 1976; dan

viii. Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010).

 
Ikuti Kami Di
facebook Halal MalaysiaTV Jakimrss Halal Malaysia
Bookmark and Share