Portal Rasmi Halal Malaysia

  • Warna Merah
  • Warna Biru
  • Warna Hijau
  • Warna Asal
Aliran Kerja Proses Pensijilan Halal Malaysia PDF Cetak emel
  1. Daftar on-line - wujudkan ID dan katalaluan.
  2. Sahkan akaun -24jam @ 1 hari.
  3. Penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan online anda dihantar.
  4. Setelah dokumen diterima, status permohonan akan bertukar kepada menunggu dokumen lengkap.
  5. Semakan - jika dokumen lengkap, permohonan boleh diproses dalam tempoh 1-5 hari bekerja mengikut jumlah produk/menu/premis. Surat caj akan dikeluarkan. Jika dokumen tidak lengkap, status akan bertukar kepada tidak lengkap dan pihak pemohon perlu menghantar pembetulan atau maklumbalas dalam tempoh 5 hari bekerja.
  6. Caj pemprosesan perlu dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
  7. Resit akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari selepas diterima.
  8. Status akan bertukar ke proses audit. Audit akan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas bayaran diterima.
  9. Proses kelulusan mengikut tarikh Mesyuarat Panel Pensijiilan dijalankan.
  10. Jika diluluskan sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja. Jika gagal, pihak pemohon akan dimaklumkan melalui surat rasmi.
pic_030
 
Ikuti Kami Di
facebook Halal MalaysiaTV Jakimrss Halal Malaysia
Bookmark and Share