Kadar caj perkhidmatan adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan
dan tertakluk kepada perubahan:
Kategori Industri/Kilang/Produk:
- Industri Kecil dan Sederhana; dan
Kategori Premis Makanan:
Kategori Rumah Sembelih:
Segala kos yang melibatkan kajian atau ujian makmal tentang status bahan ramuan produk
ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemohon atau syarikat berkenaan.
Ujian makmal hendaklah dibuat di mana-mana makmal kerajaan atau swasta yang diiktiraf.
Senarai kadar caj (bagi tempoh satu tahun) yang dikenakan kepada
pemohon berdasarkan kategori-kategori di atas adalah seperti berikut:
Jadual 1: Kadar Caj Bagi Industri Pengeluar Produk
| Industri |
Kadar (RM) |
| Industri Kecil |
100.00 /tahun |
| Industri Kecil & Sederhana (IKS) |
400.00/tahun |
| Industri Multinasional |
700.00/tahun |
Jadual 2 :
Ciri-ciri Industri
| Industri |
Ciri-Ciri |
| Industri Kecil |
Nilai jualan tahunan RM 500,000
pekerja 50 orang
Contoh: Industri kampung |
| Industri Kecil & Sederhana (IKS) |
nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta
pekerja 150 orang |
| Industri Multinasional |
secara global & mempunyai rangkaian di beberapa negara
nilai jualan tahunan RM 25 juta
pekerja 150 orang |
Jadual 3: Saiz Premis Rumah Sembelih
| Saiz Premis |
Ciri-ciri |
| Kecil |
-Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari (< 2000)
-Bil. Kambing (dan/atau sejenisnya)/ hari (< 500)
-Bil. Lembu (dan/atau sejenisnya)/ hari (< 50)
|
| Sederhana |
-Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari (2000 - 3000)
-Bil. Kambing (dan/atau sejenisnya)/ hari (500 - 700)
-Bil. Lembu (dan/atau sejenisnya)/ hari (50 - 100) |
| Besar |
-Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari (> 3000)
-Bil. Kambing (dan/atau sejenisnya)/ hari (> 700)
-Bil. Lembu (dan/atau sejenisnya)/ hari (> 100) |
Jadual 4: Kadar Caj Rumah Sembelih
| Premis |
Kadar (RM) |
| Kecil |
100 |
| Sederhana |
400 |
| Besar |
700 |
Jadual 5:
Kadar Caj Premis Makanan/Restoran/Katering dan Hotel
| Premis Makanan/ Restoran/ Katering Hotel |
Kadar (RM) |
| setiap satu unit premis |
100 |
| setiap satu unit dapur (kitchen) |
100 |
Bayaran pensijilan halal yang dikenakan adalah untuk tempoh dua (2) tahun.
Kelewatan membuat bayaran akan mempengaruhi proses lawatan pemeriksaan Halal
yang akan dijalankan ke atas kilang/ premis makanan/ rumah sembelih.
Bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan pembaharuan.
Permohonan bagi produk tambahan selepas Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan akan
dikenakan bayaran seperti Perkara 5.4.
Surat kadar caj perkhidmatan mengandungi perkara-perkara berikut:
- bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos (postal order) atau kiriman wang (money order)bank draf sahaja; atau
- dibuat atas nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri (mana yang berkenaan);
- bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.