barleft barright
Laman Utama >>   Berita Terkini
KUNJUNGAN HORMAT DATO' KETUA PENGARAH JAKIM KE HDC



Ketua Pengarah Jakim, Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad Bin Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjungan hormat ke Halal Industry Development Corporation (HDC) pada 13 Julai 2010, jam 3.00 petang. Kunjungan tersebut disambut baik oleh Y.Bhg Dato' Seri Jamil Bidin selaku Ketua Pegawai Eksekutif (HDC) dan beberapa orang pegawai kanan HDC. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pn Saimah bt Mukhtar (Pengarah Bahagian Hub Halal), Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan),  Ketua Penolong Pengarah (Pengeluaran Sijil Halal dan Logo Halal) serta beberapa orang pegawai Bahagian Hub Halal.

 

Objektif utama kunjungan adalah untuk bertukar-tukar maklumat dalam memperkasakan pensijilan dan industri halal di Malaysia di samping melihat bidang/skop  di antara kedua-dua pihak.

 

Pertemuan yang berlangsung selama 1 jam 45 minit itu cukup bermakna di mana banyak isu-isu dibincangkan terutama berkaitan penyelarasan peranan kedua-dua pihak. Melalui pertemuan itu juga, kedua-dua pihak bersetuju berkongsi kepakaran dari segi kempen & promosi, latihan, penyelidikan dan penerbitan. Dalam kunjungan tersebut juga, pihak JAKIM diberikan taklimat berhubung Halal Park sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal dan isu-isu berkaitan. Berdasarkan maklumat yang diberikan, terdapat sebanyak 19 Halal Park di Malaysia (8 buah telah beroperasi, 9 buah dalam proses pembangunan, 2 buah dalam cadangan).

 

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi bergambar oleh kedua-dua pihak.


Pengirim:   admin   Tarikh:   19/07/2010   Capaian :   279837


Sila pilih bahasa :

  

Permohonan

ID Pengguna :
Katalaluan :

Belum ada akaun ? Daftar di sini

Undian Web

Adakah Sistem Pesanan Ringkas(SMS) sesuai untuk orang ramai membuat semakan Sijil Halal JAKIM?
 Tidak Sesuai
 Kurang Sesuai
 Sesuai
 Sangat Sesuai
 Tidak Setuju
 Tidak Menyokong