|
Aliran Kerja Proses Pensijilan Halal Malaysia
- Daftar on-line - wujudkan ID dan katalaluan.
- Sahkan akaun -24jam @ 1 hari.
- Penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan online anda dihantar.
- Setelah dokumen diterima, status permohonan akan bertukar kepada menunggu dokumen lengkap.
- Semakan - jika dokumen lengkap, permohonan boleh diproses dalam tempoh 1-5 hari bekerja mengikut jumlah produk/menu/premis. Surat caj akan dikeluarkan. Jika dokumen tidak lengkap, status akan bertukar kepada tidak lengkap dan pihak pemohon perlu menghantar pembetulan atau maklumbalas dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Caj pemprosesan perlu dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Resit akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari selepas diterima.
- Status akan bertukar ke proses audit. Audit akan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas bayaran diterima.
- Proses kelulusan mengikut tarikh Mesyuarat Panel Pensijiilan dijalankan.
- Jika diluluskan sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja. Jika gagal, pihak pemohon akan dimaklumkan melalui surat rasmi.
|