|
PANDUAN PROSES PROSES PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
Bagi meningkatkan dan mempermudahkan proses pensijilan Halal Malaysia, beberapa panduan telah dilaksanakan.
- Bagi permohonan yang melibatkan Contract Manufacturing (OEM), pengilang kontrak dikehendaki mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf terlebih dahulu.
- Permohonan pembaharuan & tambah produk tidak boleh disekalikan dalam 1 permohonan.
- Bagi permohonan premis, menu hendaklah diisi tanpa ramuan. Semua ramuan akan diisi secara lump sum (semua) dalam satu ruangan.
- Jilka pemohon telah mempunyai Sijil Halal Malaysia dan berpindah lokasi kilang, 1) Pemohon perlu membuat permohonan baru, 2) Sijil asal hendaklah dikembalikan kepada JAKIM/JAIN.
- Bagi permohonan premis makanan (hotel), nama hotel perlu dinyatakan dalam nama syarikat.
|