Carian Aduan :
  


Aduan Halal JAKIM
Jumlah Rekod : 480 - 14 dari 24 
#

Carian Aduan

261.  Assalamualaikum
saya ingin bertanya status coklat farero roche..kerana tiada loga halal.
dan benarkah tepung whey haram.
 
262.  Saya cuma ingin meminta pengesahan satu produk iaitu berkaitan coklat farero roche .
coklat ini didapati tiada tanda halal.Dan salah satu kandungan coklat ini ialah tepung whey. apakah benar tepung whey haram dimakan dan apakah sebenarnya tepung whey.
 
263.  ASSALAMUALAIKUM...... SAYA MUSYKIL TENTANG PRODUK MAKANAN DI PASARAN YANG SERING SERING SAYA BELI KERANA MENDAPAT EMAIL YG TIDAK PASTI TENTANG KEHALALNANNYA.... ..MENGAPA PIHAK JAKIM TIDAK MENGHEBAHKANNYA DI AKHBAR / RADIO UNTUK MAKLUMAT ORANG ISLAM? TERIMA KASIH 
264.  Assalamualaikum w.a,

Disini saya ingin bertanya adakah jenama roti High 5 boleh dimakan kerana sebelum ini dikatakan HARAM. Jadi, saya harap piihak JAKIM boleh beritahu saya mengenai kedudukan roti tersebut ye. Dan sebelum saya terlupa. Bolehkah kita ( Umat MUHAMMAD AL-AMIN S.A.W ) makan makanan dari buatan Nestle? Kerana dikatakan barangan itu dari negara Kuffar. Dan jika dibeli seolah-olah kita taelah menyumbang dana ekonomi kepada mereka. Sedangkan mereka pula menggunakan keuntungan itu untuk menyerang kita yakni SAUDARA kita di PALESTINE, IRAQ, KOSOVO, AFGHANISTAN, CHECHNYA dan diseluruh dunia. Jadi, apa pandangan pihak JAKIM mengenai masalah ini. Saya rasa UMAT ISLAM pun mampu untuk menghasilkan barangan makanan seperti yang dilakukan oleh Nestle. Buktinya apa??? Dulu kita selalu guna ubat gigi College dan Darlie. Tapi sekarang sudah muncul Halagel dan MUKMIN. Bukankah itu bukti kemampuan umat MUHAMMAD S.A.W yang beragama ISLAM. Kita boleh kalau kita nak. ISLAM sememangnya CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG tetapi ISLAM tidak temberang. Setakat ini sahaja saya mampu nyatakan. Diharapkan pihak JAKIM boleh balas yakni jawab di email saya ye. Yang baik itu datangnya dari TUAN PUNYA DUNIA dan yang serba kekurangan itu sememangnya dari diriku yang daif lagi hina. Ampun dan maaf dipinta. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah...
.......Assakamuaikum w.a......
 
265.  Saya inginkan kepastian mengenai produk pinggan Mangkuk Jenama Vintage, yg dibawahnya ada tertulis 'Fine Bone China' adakah selamat/boleh digunakan? Saya telahpun membelinya dan terperasan dibawahnya ada tertulis 'Fine Bone China'. Harap jawab segera kerana saya dlm keadaan was-was skarang. 
266.  Saya inginkan kepastian mengenai produk pinggan Mangkuk Jenama Vintage, yg dibawahnya ada tertulis 'Fine Bone China' adakah selamat/boleh digunakan? Saya telahpun membelinya dan terperasan dibawahnya ada tertulis 'Fine Bone China'. Harap jawab segera kerana saya dlm keadaan was-was skarang. 
267.  Saya telah membuat pertanyaan tentang produk halal bagi roti high5 melalui sms dengan mengggunakan kod bar yang terdapat didalam pembungkus roti tersebut. Tapi jawapan yang diterima melalui sms membuatkan saya merasa musykil kerana sijil halal tersebut telah dikeluarkan kepada Syarikat Standard Confectionery Sdn. Bhd untuk produk Enriched White Sandwich sedangkan roti high5 tersebut bukannya keluaran syarikat yg dinyatakan diatas. Oleh yang demikian saya ingin mendapat kepastian dari pihak Jakim samada produk high5 tersebut mendapat sijil halal Jakim atau pun tidak. Jawapan dari pihak tuan sangat-sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih dan saya berharap agar dapat pihak tuan membuat pemantauan keatas produk yang telah diberikan sijil halal dari pihak tuan agar tidak merugikan semua pengguna di seluruh negara ini.

Sekian, terima kasih.

 
268.  Saya ada merima e-mel dari seseorang yang dipetik kandungannya spt berikut:
Produk paling laris tetapi tidak halal.
1. Shampoo dan facial DOVE
2. PRINGLES Potato chips
3. Laici dlam tin NARCISSUS
Kesemua produk di atas ada mengandungi lemak babi/khinzir.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

Adakah kenyataan tsb sahih?
 
269.  Produk coklat berjenama Hershey's tiada logo halal pada kotak pembungkusannya. Tetapi saya dapati ramai pengguna Islam yang membeli produk berkenaan. Saya menerima hadiah berupa coklat berjenama ini daripada sahabat yang bukan Islam dan saya was-was untuk makan coklat berkenaan. Adakah coklat ini mengandungi ramuan yang halal untuk dimakan? 
270.  Asssalammualaikum, saya ingin tahu adakah bahan pembeku RENNET didalam product CHEESEDALE diperolehi dari perut KHINZIR? Sekiranya benar, mengapa ianya diluluskan oleh N.Z Islamic Processed Food Management ? Terima kasih. 
271.  kenapa banyak makanan yang tidak halal ..dihalalkan ... 
272.  kenapa logo halal yang tertera pada pek ubat gigi colagate tidak sama dengan logo halal yang adikeluarkan oleh JAKIM 
273.  Assalamualaikum...

Saya bukan hendak membuat aduan. Cuma inginkan penjelasan. Saya telah memasuki sebuah kedai menjual barangan peribadi yang agak terkenal. Saya dapati satu produk pewarna rambut BIGEN dari jepun terdapat tanda SUCI Malaysia dan bukannya HALAL Jakim... adakah produk pewarna rambut itu betul2 suci? Yang menjadi persoalannya, bolehkah umat Islam mempercayai logo tersebut... Saya rasa pihak JAKIM pun telah maklum ramai umat Islam kita sekarang gemar mewarna rambut mereka...Jadi minta tolong beri penjelasan. Ini untuk kebaikan kita sesama umat Islam yang lain...
 
274.  salam..
saya nak bertanya..
kenapa roti high5 terdapat logo halal sedangkan terdapat lemak babi?
dan apakah status halal bagi roti high5 sekarang dan juga roti2 yang lain?
 
275.  sekiranya telah memegang minuman arak?
adakah perlu samak?
 
276.  assalamualaiku..
saya nak tanya..kalau dalam sesuatu makanan atau minuman terdapat alkohol,tetapi ia tidak memabukkan..adakah itu dikira haram?
 
277.  Assalamualaikum w.b.t.

1. Saya ingin mengetahui sama ada produk makanan kucing seperti Snappy Tom (Bar Code: 9310768055961) mempunyai sijil halal atau tidak?

2. Begitu juga dgn Whiskas, Frieskies, Machiko, Science Diet, Proformance.

3. Apabila saya cuba menggunakan khidmat SMS JAKIM untuk menyemak sama ada sesuatu produk itu halal atau tidak, saya dapati kebanyakan barangan masih tiada di dalam rekod JAKIM. Harap pihak tuan dapat up-date rekod supaya memudahkan orang ramai melakukan semakan.

4. Apakah cara untuk orang ramai membantu JAKIM bagi mengemaskini rekod produk halal/haram supaya sentiasa up-date dengan lebih berkesan? Misalnya, dengan menghantar e-mail mengenai nama & bar code produk.
 
278.  Assalaumalaium,
Saya ingin bertanya, adakah disediakan ruang membalas aduan-aduan yang dihantar oleh pengguna ? Amat merungsingkan apabila membaca aduan-aduan pengguna tetapi tiada pembalasan. Berilah penjelasan supaya kita faham apa usaha-usaha JAKIM bagi berkenaan persoalan-persoalan itu, sama ada status makanan atau produk itu sedang dikaji atau sudah dikaji dan informasi yang berguna. Saya amat berharap adanya interaksi antara pihak JAKIM dengan pengguna. Kami pengguan juga dapat membantu JAKIM dan demi kepentingan umat Islam di MAlaysia. Kepentingan umat Islam adalah tanggungjawab bersama. Harap maklum.
 
279.  Saya ada kemusykilan tentang kandungan di dalam makanan. Baru-baru ini saya mendapat e-mail tentang kandungan lemak babi yang terdapat dlm makanan kita cthnya coklat, bijirin, biskut, makanan dlm tin & lain-lain lagi.Ia disebut sbg E-codes.Saya telah pun membuat semakan ke atas makanan yg digunakan, didapati E-codes "E210 acid benzoid" terdapat pada kicap cap tamin. Adakah betul kandungan ini menggandungi lemak babi?Apa yang menjadi kemusykilan saya kicap tersebut adalah keluaran bumiputra.Diharap pihak jakim dapat memberikan penjelasan dgn secepat mungkin. Terima Kasih.  
280.  Saya membesar di bandar Teluk Intan Perak. saya ingin meminta tolong Pihak JAkim membuat pemeriksaan mengejut di kedai pembuatan Biskut :
SENG HOE , 3568 Jalan sungai Nibong,36000 Teluk Intan Perak. Tel no : 05-6212533.

Ini kerana sudah berpuluh tahun kami orang orang Islam di teluk Intan memakan biskut kacang (sekarang nama nya biskut Mutiara)

Bahan bahan kandungan yang ditulis di bungkusan itu semua nya halal , cume ia tiada
cop dari HALAL JAKIM. Cop halalnye itu hanya di cetak didalam tulisan jawi biasa sahaja bukan dari cop JAKIM.

SEkian Terima kasih.
Moga Allah monolong kita didalam mencari kebenaran, Insyaallah .
 
First: Previous [ 11 ,12 ,13 ,14 ,15 ,16 ,17 ,18 ,19 ,20 ] Next : Last
Total Record : 480 - Page 14 From 24