Carian Aduan :
  


Aduan Halal JAKIM
Jumlah Rekod : 480 - 10 dari 24 
#

Carian Aduan

181.  Assalamualaikum.

Keju Chesdale terdapat logo halal tetapi bukan dari JAKIM. Tetapi terdapat perkataan RENNET tertera pada bungkusannya. Banyak e-mail mengatakan RENNET adalah tidak halal (diperbuat dari haiwan termasuk babi)
Sila tolong jelaskan.
 
182.  adakah logo halal dari negara2 lain (tanpa logo Malaysia) pada mana-mana produk (kosmetik, pakaian atau makanan dan minuman) boleh diterima pakai bagi umat islam. bagaimana untuk mengetahui kehalalan barangan tersebut.
terima kasih.
 
183.  Saya cuba mendapat kepastian mengenai sijil halal sebuah kedai kek (KEK SENTOSA) di Ipoh melalui sms 32728 dan mendapat jawapan - Tiada Dalam Senarai. No sijil pada pelekat HALAL yg tertampal besar di hadapan kedai tersebut adalah H-08-165. Saya minta kepastian dan untuk tindakan tuan selanjutnya 
184.  Assalamualaikum..
Saya ada terima email mengenai ayam KFC yang dikatakan tidak halal kerana sembelihan yang tidak mengikut syarak..betul atau tidak perkara ini.Harap dapat beri penjelasan kerana takut termakan benda yang tidak halal & bangkai.Terima kasih
 
185.  Tuan/Puan,

Saya telah menerima email mengatakan ada minuman yang di sediakan di Coffee Bean dan Starbucks mengandungi bahan haram. Bahan yang di maksudkan adalah E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides yang berasaskan haiwan haram iaitu babi.

Soalan saya adakah perkara ini benar? Jika benar mengapakah perkara ini tidak di umumkan kepada orang awam? Mengapa orang Islam yang tidak mengetahui tentang maklumat ini tidak ditegah dari mengunjung tempat-tempat ini. Dan mengapa orang Islam kita masih dibenarkan bekerja ditempat-tempat ini dan menjual minuman haram ini kepada orang Islam lain. Apakah peranan JAKIM dalam hal ini.

Terima Kasih
 
186. 
Makanan dlm tin yang berlabel "PORK MINCE WITH BEAN PASTE" ada terdapat tanda halal.
Adakah babi pun ada tanda halal? Tetapi bila diamati, logo halal tersebut bukan dari JAKIM.
 
187.  Assalamualaikum, saya telah cuba utk cari dlm website ini mengenai cheese dale tetapi tak jumpa. Jadi minta jasa baik pihak Tuan menjelaskan status produk yg membawa tanda halal dari NZ Islamic Processed Food Management tetapi mengandungi rennet (babi). Sila tengok attachment di bawah. Jika pihak tuan mahu melihat imej yg tidak dpt saya sertakan dgn aduan ini, sila email ke saya. Saya dahului reply dari pihak tuan dgn ucapan ribuan terima kasih.


Assalamualaikum,
Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli, To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management.. Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim. .
Saya attach imej pembungkus nya untuk makluman semua, sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..

Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :
Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc.
The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on.This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.


Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir] . Kalau di States, 70% cheese guna rennet ( ni masa I check dulu, hundred years ago, hehe, taulah skarang).
 
188.  Saya mendengar cerita ayam KFC tidak halal kerana perencah yang digunakan.Adakah ianya betul? 
189.  Saya telah menonton iklan makanan segera (mi perisa udang) di tv dgn orang Islam sebagai modelnya. Telah mengundang selera saya utk mencuba. Saya beli di pasaraya kerana ada logo halal JAKIM. Tergerak hati nak semak status. Nama makanan segera , syarikat & bar kodnya tiada dalam senarai JAKIM tapi menggunakan logo halal JAKIM. Sila ambil tindakan segera.

Nama produk: Ibumie-Penang HarMee Mi Perisa Udang
Syarikat: Texchem Consumers Sdn Bhd (West Malaysia)
Yee Lee Oils & Foodstuffs (S) Pte.Ltd (S'pore)
Bar code: 955050308541
 
190.  Assalamualaikum Tuan Pengarah,

Saya telah mendapat emel ini. Mohon kepastian dari pihak tuan mengenai kesahihan emel ini.

Terima kasih.



--------------------------------------------------------------------------------
From: hilmi jamal [mailto:hilmijamal@yahoo.com]
Sent: Thursday, August 09, 2007 10:18 AM
To: Ahmad Busu; Roslan Danil; Bahnan Mokhtar; panglima_putih panglima_hitam; Puzi Puziano; Wani; Harlinni Zainuddin; Zeaty
Subject: Fwd: Fw: Fwd: Fw: JAKIM Announcement - HARAM Drinks at Coffee Bean & Starbuck




Subject: Fw: Fwd: Fw: JAKIM Announcement - HARAM Drinks at Coffee Bean & Starbuck


Mungkin kita pernah menerima email ini sebelum ini...tetapi mungkin kita dah samar sama ada ianya halal & tidak... Sebagai ingatan pd mereka yg masih ragu2 tentang Coffee Bean and Starbuck ..

tapi kalau nak minum juga, sendiri tanggung...



Tolong sebarkan yang baik.

HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN
IMIGRESEN MALAYSIA
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you



 
191.  Assalamualaikum,

Ais Krim Wall's Popper tercatit logo halal yang bukan keluaran JAKIM. Malaysia.

Saya telah membuat semakan di Portal Halal tetapi tidak ada dalam rekod Portal.

Mohon penjelasan lanjut dan sisatan jika perlu.
Iklan di TV telah banyak mempengaruhi rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.

ws.
 
192.  Ada babi halal ke? Dalam Al-quran terang-terang menyatakan babi itu haram di makan, dalam kes ini, macam mana boleh jadi halal. Sila siasat..

Nama product makanan tin daripada CHINA

Pork Mince With Bean Paste..
(ada cop HALAL di pelekat tin)

Saya ada simpan bukti merupakan image yang di ambil dari sumber yang boleh dipercayai dan akan email ke Pihak Tuan sekiranya memerlukan

Harap ia dapat diselesaikan secepat yang mungkin kerna ia akan menimbulkan perteligkahan dan produk macam ni kita kena haramkan dari pasaran MALAYSIA
 
193.  SAYA INGINKAN KEPASTIAN MENGENAI PRODUK MEE MAGGI 2MN KERANA SAYA TELAH CUBA PERIKSA DILAMAN INI
(KOD BAR) MENDAPATI TERTERA PRODUK LAIN.
 
194.  Assalamualaikum w.b.t.

Berkenaan dengan status halan starbucks, walaupun jikalau ingin mendapat status halal perlu dilakukan dengan secara sukarela, tetapi apa salahnya jikalau sesetengah pihak tidak kisah la JAKIM atau pun badan2 organisasi utk mengiktiraf starbucks jikalau premis itu halal, memandangkan tahun 2007 tahun melawat malaysia, semestinya ramai pelancong2 di antara nya dari negara2 arab mahukan pengesahan berkenaan dengan status halal, ia sedikit sebanyak menolong pemarasan diantara outlet itu dan kerajaan Malaysia. Tidakkah dengan membiarkan umat Islam itu kabur dengan status makanan yg menjadi darah daging? Diharapkan pihak jakim mengambil satu jalan yg mudah utk memberikan status tanpa perlu pihak outlet itu memohon.
 
195.  Saya ingin membuat aduan bahawa makanan ringan di Jaya Jusco yang diimport dari Jepun mengandungi bahan yg tidak halal seperti serbuk ayam dan juga ekstrak babi .Makanan ringan itu tidak diasing di tempat "non halal". Di sini saya senaraikan barangan yang mengandungi bahan non halal.
1. Morinaga Potelong - ekstrak babi
2. Ki Oyatsu Baby Star - ekstrak babi
3. Tsunaage arare - chicken ekis
4. Tohato Beano - chicken ekis

Saya harap pihak JAKIM dapat membuat tindakan dengan segera.
 
196.  Salam,

Saya ingin mendapatkan kepastian pihak JAKIM berkaitan pinggan mangkuk berjenama Fine Bone China yang banyak dijual di pusat-pusat membeli belah exclusive di Malaysia samada ianya halal digunakan oleh orang islam kerana ada yang mengatakan ia diperbuat dari serbuk tulang babi.

Harap pihak JAKIM dapat memberikan feedback dengan segera berhubung kes ini.

Terima kasih.

Wassalam
 
197.  Assalamualaikum W.B.T.H

Saya tertarik untuk memberi respon dan membuat aduan tentang halal haram produk berjenama WALL'S (aiskrim). Sebelum ini telah ada aduan yang terlalu banyak tentang ketidakpuasan hati pengguna Islam yang mana aiskrim biskut keluaran WALL'S juga yang tertera dengan jelas LAMBANG SALIB di bahagian atas dan bawah pada permukaan biskut tersebut dan saya melihatnya dengan yakin dan jelas.

Tapi di sini saya ingin mengadu tentang asikrim WALL's MINI MAGNUM dan lain2. Sebelum saya merasa syak dengan aiskrim WALL'S, saya ada terbaca tentang KOD BABI daripada salah satu blog iaitu
"www.isuhangat.blogspot.com" yang mana telah menyebut tentang penggunaan kod2 untuk menggantikan perkataan berasaskan lemak babi. Sebagai contoh digunakan E-CODES, E-INGREDIENTS seperti E471, E472, E473 dan banyak lagi.

Setelah diperhatikan pada pembalut aiskrim (Wall's Mini Magnum) saya mula ragu apabila melihat tanda "HALAL" yang bukan dari JAKIM dan melihat "Origin from CHINA" terus saya perhatikan ingredients.....dan alangkah terkejut apabila tertulis pelbagai E-CODES yang mana satu2nya terkandung dalam aiskrim magnum mini ini terkandung dalam "KOD BABI" yang saya baca dari "www.isuhangat.blogspot.com" iaitu Emulsifier: E471.

Jadi, saya mohon pihak halal haram JAKIM supaya membuat pemeriksaan yang tepat tentang kesahihan halal haram aiskrim WALLS ini sebelum lebih ramai lagi orang2 Islam yang lain termakan BABI! Teramat Jijik dan mengganggu jiwa saya.
 
198.  Assalamulaikum,
Diminta sisatan di buat ke atas makanaan yang ada tanda halal Jakim tetapi mengandungi kandungan haram seperti lemak babi.
Kandungan dalam makanan ini biasanya di tanda dengan KOD seperti E100, E0121,E00021 dan lain-lain.
Contoh Makanan ringan seperti KEk Apoolo, Coklet dan lain-lain yang menyenarai kandungan dengan menggunakan KOD.
Harap mendapat perhatian dari pihak tuan,
Wassalam
 
199.  Assalamualikum...

Saya ingin tahu status Starbucks. Adakah syarikat ini masih tidak mempunyai status halal? Syarikat ini mengesahkan kesemua bahan yang mereka gunakan adalah halal, sebagai pengguna muslim adakah ini cukup utk diterima atau status halal dari Jakim perlu ada terlebih dahulu. Terima kasih.
 
200.  Saya ingin bertanya mengenai kod makanan yang mempunyai kod yang dimulai dengan huruf'E'. Ramai mengatakan product makanan yang dimulai dengan kod E- adalah menggunakan lemak babi .iaitu kod-kod dibawah ini .
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,
E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472,
E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Benarkah begitu ?? kerana saya lihat banyak product yang menggunakan logo halal jakim seperti biskut dan kek mengandungi E471. Tolong jelaskan ya.Terima kasih .

 
[ 1 ,2 ,3 ,4 ,5 ,6 ,7 ,8 ,9 ,10 ,] Next : Last
Total Record : 480 - Page 10 From 24