Sila baca keseluruhan maklumat dan terma di bawah:
TERMA DAN POLISI PERKHIDMATAN
Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal & Logo Halal 1. Sijil Pengesahan Halal dan logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya. 2. Penggunaan Sijil Penesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini. 3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis dan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Pengurus Besar,, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya. 4. Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Pengurus Besar,, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 5. Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak. 6. Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan menggunakan logo halal(seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan. 7. Sijil Pengesahan Halal yang asal perlulah dipamerkan
dengan klik
"Saya Setuju"
, bermakna akujanji kepada
terma perkhidmatan dan polisi Hub Halal JAKIM
untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan ini.